wajib miliki

Tuesday, October 30, 2012

JOM berlawan dengan RIBA

Ada 3 Risiko Pelaburan Akaun Emas:

TIADA PERLINDUNGAN - Ia tidak dilindungi oleh PIDM, sebarang kerugian tidak kira disebabkan oleh faktor apa pun, anda tidak berhak membuat apa-apa tuntutan kerugian.

HARGANYA TIDAK SELARAS - Harganya tidak selaras dengan pergerakan harga Emas Antarabangsa dan penetapan harganya juga tertakluk kepada budi bicara pihak bank, bermakna anda jangan hairan jika ketika harga Emas turun, tetapi anda tetap membeli dengan harga yang mahal kerana ia tertakluk kepada pihak bank.


RISIKO RUGI 100% - Keuntungan & kerugian anda bergantung sepenuhnya kepada naik dan turun harga Emas. Sekiranya ditakdirkan berlaku Bencana Ekonomi sehingga menyebabkan operasi bank dihentikan, anda tiada apa-apa lagi untuk digunakan sebagai medium bayaran untuk mendapatkan barangan keperluan.

Berbanding sekiranya anda memiliki Emas Fizikal di tangan, mungkin risiko kerugian yang akan dihadapi sekiranya syarikat penjual asal Emas itu ditutup hanya sekitar 20-30% susut nilai kerana menjualnya kepada pihak lain.

Pertimbangkan kewajarannya, mana yang lebih berbaloi.

Monday, October 8, 2012