wajib miliki

Friday, September 20, 2013

DELAY FENOMENA..THE BEST

Assalamualaikum sahabat.
dipinjam dari sahabat2 emas yg baik hati.utk penerangan sahabat2 emas saya.



Mula-mula kena paham 'Delay' tu dulu. Apa itu Delay ?

Delay bermaksud lambat. Pernah kena flight delay? haa sama. Kenapa lambat? Sebab tempahan dengan kilang, kilang mengambil masa 1 bulan atau 2 bulan atau 3 bulan untuk memproses barang kemas. Jadi customer yang order dengan penjual Emas Delay akan dapat barang lambat. Disebabkan barang lambat ni, kita berikan hadiah kepada customer, berupa rebat ataupun imbuhan.

Ok dah faham Delay. Fahamkan bab rebat @ imbuhan plak.

Rebat diberi secara percuma oleh penjual kepada customer sebab sanggup tunggu barang yang lambat. Walhal, kalau tak bagi rebat pun takpe, customer akan dapat jugak barang dia tu. Senang cakap, kami saja-saja je nak bagi duit tu kat hangpa. faham? Oleh sebab keuntungan masih boleh dikongsi, maka kami sedia berkongsi. Penjual berkongsi keuntungan dengan memberi rebat kepada customer.

Kenapa baik hati sangat sampai nak bagi rebat bagai? Sebab ada orang lain yang bagi, kalau kami tak bagi. korang lari gi beli dengan orang lain! hahaha..

Rebat semasa untuk order 100Gram adalah RM850.

Macam mana boleh bagi fix/imbuhan tetap setiap bulan ?

Mana ada fix! Mana ada tetap! Tu tandanya korang tak paham. Macam ni, untuk SEKALI pembelian, korang dapat SEKALI je rebat. Kemudian pembelian itu dilakukan lagi kali kedua, maka dapat la rebat sekali lagi. Maka diulang-ulang sebanyak 12 KALI dalam setahun,maka dapat lah setiap bulan! Pembelian yang diulang itu pula menggunakan modal asal dari pembelian pertama, diulang-ulang secara automatik selagi anda taknak ambil barang!

Proses ulang-ulang ni kita sebut sebagai ' RESTOK ' .

Paham? ok bagus... Tiba2, selepas 5 bulan menerima rebat@imbuhan, anda taknak RESTOK dan nak ambil barang. Ok ambil lah barang, dan urusan BERAKHIR disitu. Tiada lagi rebat atau imbuhan. TAPI, anda kata, "barang ni nak buat apa? saya tak pandai menjual! ".

Disini kita sediakan Jaminan BUYBACK ! Jual barang anda tu kepada kami, modal asal anda + BUYBACK RM5 per Gram.

Contoh pengiraan : Anda menjual kepada kami ( Rm 5/gm + 140/gm ) X 100 gm = Rm 14,500.00 (anda mendapat kembali modal asal beserta jaminan BUYBACK iaitu : RM 14,500.00) . Peh, dapat untung lagi kat situ..