sekadar info-PELABURAN SELAIN EMAS-GAHARU (0125964886-MEOR)
salah satu lg pelaburan-GAHARU-
dari halaman fb ruang niaga emas.sekadar info dan ilmu utk simpanan saya.insyaallah
Saya kongsikan scr cut-n-paste tanpa ubah walaupun satu huruf:
Salam Jumaat tuan puan yang kami hormati, sedikit perkembangan harga
emas di dunia yang kami ingin kongsi. Hari ini 22 Jun 2012, harga emas
sekali lagi mencatatkan keadaan yang tidak memberansangkan dimana harga
emas telah susut dibawah index 6100 (dibawah paras ~USD1600/onz) buat
pertama kali sejak Mei 2012, ini bukan suatu yang baik dimana sebelum
ini ramai yang menjangka harga emas akan naik tinggi ketika musim
puasa/raya pada pertengahan bulan hadapan, tetapi ternyata meleset.
Mengikut track record 2-3 tahun terakhir, harga emas selalunya akan naik
menjelang Julai atau Ogos setiap tahun, walaupun masih awal untuk
dispekulasikan, tetapi hint sehingga Jun tidak memberikan gambaran yang
menarik.
Sedkit cerita ttg euro, Hari ini portugal menjadi
pasukan pertama layak ke separuh akhir euro 2012, sebelum bermulanya
euro pada awal Jun 2012, harga emas telah naik RM7-8/gram dalam masa 1
hari, sahaja, ia seolah menunjukkan pasaran emas bakal menjadi sangat
positif untuk separuh tahun kedua, 3-4 hari kemudiannya harga emas terus
naik dan ramai pelabur menjual emas dalam simpanan mereka tetapi masih
ramai yang menanti harga naik lebih tinggi sebelum menjual. Sayangnya
pada minggu ketiga, selepas kemenangan Parti Pro-Euro di Pilihanraya
Greece, harga emas mula jadi tidak menentu, ia susut sedikit demi
sedikit sehingga semalam ia menjunam jatuh paling tinggi sebanyak
RM3/gram dan akhirnya harga emas kembali pada paras terendah dan
berkemungkinan akan turun dibawah index 6000.
Untuk makluman
tuan, paling tinggi harga emas pernah dicatatkan adalah ketika Syawal
tahun lalu, iaitu sebanyak USD1889/onz atau RM6930/tahil. Jika dikira
jumlah kejatuhan harga emas dari Syawal tahun lalu sehingga Sya'ban
tahun ini jumlah penurunannya adalah sebanyak RM21.69/gram. (Indexs
FGJAM Ogos 2011, 999 RM213/gram, FGJAM Jun 2012, 999 RM195/gram),
bermaksud jika pelabur membeli emas 1kg pada harga pukal tahun lalu,
jika menjualnya sekarang akan kerugian sebanyak RM21,000.00, jika
pelabur membeli pada harga FGJAM, kerugian mungkin berlipat kali ganda
dan ini memberi kesan kepada ribuan dan mungkin jutaan player dalam
urusniaga emas termasuk pekedai, kilang dan pelebur yang telah menyimpan
emas ketika harga tinggi dahulu.
Pada keadaan ini, apa yang
terbaik adalah jika wujudnya demand yang besar yang boleh menaikkan
harga emas, jika pelabur masih berterusan membeli emas sebagai simpanan,
harga emas akan kekal stabil, jika demand semakin kurang, harga
berkemungkinan jatuh lebih rendah dan menyebabkan "bubble effect" kepada
pasaran. Ramai pelabur mungkin masih tertanya samada untuk menunggu
harga naik atau melepaskan pegangan mereka hari ini, jika ramai yang
bertindak menjual emas sekarang, harga emas akan terus jatuh kerana
demand untuk emas berkurang dan menyebabkan lebih kerugian kepada mereka
yang menjual kemudiannya. Sejak 10 tahun lalu, demand terbesar untuk
emas adalah sebagai pelaburan dan perhiasan, jika niche ini menjadi
parah, maka jelas harga emas akan menjadi sangat tidak stabil sebelum
berakhir tahun ini
No comments:
Post a Comment